My beloved ones

My beloved ones

Saturday, March 9, 2013

Pilih Untuk Ditarbiyah

Assalaamu'alaikum wbt

Hidup ini penuh dengan pilihan, walaupun jika kita membiarkan orang lain buat keputusan untuk kita, ia tetap sesuatu yang kita izinkan dan pilih untuk berlaku. Alhamdulillah Allah yang Maha Mengetahui memberikan kita pilihan itu.  Seperti mana Allah sebut dalam surah As-Syams



فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا (٨)قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا (٩)وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا

8. maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan, (QS. 91:8)



9. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, (QS. 91:9)
10. dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (QS. 91:10)
Manusia yang memilih sama ada mahu ikut jalan fasik atau jalan taqwa.  Kita tanya diri sendiri apa yang kita mahu dapat di penghujung hidup kita, maka kita pilih laluan2, aktiviti2, amal2 yang membawa kita kepada apa yang kita mahu di hujung kehidupan.  Di hujungnya pasti sebuah kematian yang tidak mudah dan tidak diketahui bagaimana.  Namun kita masih diberi masa dan peluang untuk berusaha dan berdoa mendapat kesudahan yang baik.
Berada dalam jaringan tarbiyah adalah satu pilihan dalam hidup.  Memilihnya bererti perlu melalui semua wasail tarbiyah yang telah ditetapkan, perlu mengikat diri dengan disiplin2 yang ada.  Maka semua yang kita lakukan perlu kita sendiri jelas apa yang kita nak capai.  Sama ada kita lakukan atau kita tinggalkan mestilah kita tahu kenapa kita pilih begitu dan kita sudah 'serang' minda sendiri tentang keharusan memilihnya sebelum kita ditanya oleh Allah Taala.
Berada dalam jaringan tarbiyah membuat kita sedar diri, siapa kita sebenarnya , agar kita tak lupa asal usul.  Kita belajar melihat dunia seperti yang dilihat oleh para kekasih Allah.  Walaupun bagaimana kita mengisi kehidupan sebagai orang yang ditarbiyah belum mencapai aras mereka2 yang mengasihi dan dikasihi Allah, kita terus sedar diri dan tahu asal usul kita.  Membumikan apa yang kita lalui dalam wasail tarbiyah , dalam marhalah tarbiyah, bukanlah sesuatu yang mudah.  Kita ada barometer 10 muasafat peribadi Muslim untuk kita ukur di mana kita berada.  Kita ada sahabat2 dalam liqa usari atau di luar liqa usari yang akan menjadi cermin kepada diri kita.  Kadang kala semasa berada dalam jaringan tarbiyah ini banyak perasaan yang perlu dipendam dan keinginan yang perlu diketepikan, mengutamakan apa yang telah disyura, apa yang telah disepakati.  Meyakini bahawa walaupun keputusan yang dicapai mungkin bukan yang terbaik natijahnya, namun ia tetap yang terbaik kerana ia pandangan yang telah ditimbang dan dibahaskan.
Dunia ini amat melekakan dan melalaikan.  Setiap kita akan ada zon selesa yang sering merantai kaki tangan kita daripada melakukan sesuatu yang lain, sesuatu yang lebih mencabar, sesuatu yang lebih produktif, sesuatu yang memerlukan kita melawan kehendak hawa nafsu kita.  Sesuatu yang paling tidak disukai oleh diri kita yang lalai ini adalah perubahan.  Perubahan membuat kita tak yakin, membuat kita rasa kurang biasa, membuat kita rasa nak tarik selimut dan lena, membuat kita rasa malas nak fikir yang berat2 .  Perubahan mencabar rutin dan tabiat harian kita yang dah sebati dengan hawa nafsu.  Maka kita perlu buat pilihan, berubah atau tidak?  Kalau ya kenapa. Kalau tidak kenapa.  
Manusia memerlukan ganjaran untuk melakukan sesuatu.  Ganjaran boleh berupa ganjaran fizikal, ganjaran intelek, ganjaran emosi atau ganjaran spiritual. Namun kita pun sedar, hidup ini adalah medan ujian, bukan medan ganjaran..  Ganjaran hakiki akan kita perolehi di negeri akhirat.  Ganjaran di dunia tetap sebagai ujian buat kita.  Rasulullah saw tidak meninggalkan kita dengan cara hidup baginda yang mengejar ganjaran duniawi.  Rasulullah saw mengajar kita untuk mengambil dunia sebagai kenderaan untuk mencapai kebahagiaan hakiki di akhirat.
 Dari Ibnu Umar RA beliau berkata: Rasulullah SAW pernah memegang kedua pundakku seraya bersabda, “Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau musafir”. Ibnu Umar berkata: “Jika engkau berada di petang hari jangan menunggu datangnya pagi dan jika engkau berada pada waktu pagi hari jangan menunggu datangnya malam. Pergunakanlah masa sihatmu sebelum sakit dan masa hidupmu sebelum mati.” (HR. Bukhari)
Allah SWT dalam banyak ayat dari kitab-Nya yang mulia menyebutkan permisalan dunia yang semuanya menunjukkan bahawa dunia itu nilainya sangat rendah dan hina, sementara kehidupan dan kesenangannya hanya bersifat fana. Allah Yang Maha Suci berfirman:

“Ketahuilah oleh kalian, kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan tempat kalian bermegah-megah dan berbangga-bangga akan banyaknya harta dan anak. Permisalannya seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya menguning kemudian hancur. Dan di akhirat kelak ada adzab yang pedih dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Al-Hadid: 20)

Dalam ayat lain, Allah berfirman:

“Dan berikanlah kepada mereka permisalan tentang kehidupan dunia, iaitu seperti air yang Kami turunkan dari langit. Maka kerananya menjadi subur tumbuhan-tumbuhan di muka bumi. Kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering diterbangkan oleh angin. Dan adalah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Al Kahfi: 45)

Di celah2 episod kehidupan kita yang sentiasa ada ujian  , susah senang silih berganti..... sesekali kita ajak diri kita duduk sebentar, kita semak balik, kita rujuk balik...apa yang kita mahukan daripada hidup yang sementara ini?  Kesudahan baik yang kita mahukan untuk diri kita , kesudahan yang macam mana?  apa yang patut kita buat untuk mencapainya?



No comments:

Post a Comment