My beloved ones

My beloved ones

Sunday, March 10, 2013

Jerai Challenge

Kali kedua menawan Gunung Jerai, kali ini dgn anak2 usrah semasa Mukhaiyam Tingkatan 4 dan 5 pada 7 hingga 9 Mac 2013 melalui jalan tar bermula dari kaki gunung di Gurun..  Kali pertama dulu pada tahun 2004 bersama team Takaful , melalui jalan hutan dari kaki gunung di Yan.  Kali pertama mendaki melalui jalan hutan tentu lebih mencabar dan mengambil masa lebih kurang 5 jam 30 minit untuk sampai ke puncak.  Kali ini hampir 5 jam untuk tiba di tapak perkhemahan Hutan Lipur Sg Teroi.

Sebenarnya ummi sengaja cabar diri sendiri untuk mendaki dengan berjalan...walaupun makin lama semakin lambat mendaki kerana keletihan .  Lutut yang memang dah agak sakit sejak 3 tahun lepas , alhamdulillah dapat bertahan. Semasa turun pun macam tu.... mula2 kena teman anak usrah yang sakit kaki naik van.  Alhamdulillah Allah izin ada orang lain yang teman maka dapatlah turun dgn anak2 usrah. Mula turun dlm pukul 9.30 pagi, sampai di kaki gunung pukul 12.30 tgh.

Semasa mendaki bersama anak2 usrah banyak yang ummi belajar dpd mereka. Antara lain 
1.  Anak2 usrah amat menjaga ukhuwah sesama mereka.  Walaupun ada salah faham sesekali , alhamdulillah mereka amat matang dalam menyelesaikan masalah mereka.
2.  Sepanjang perjalanan mereka sengaja diuji dgn lapar dan dahaga. Tak boleh makan dan hanya boleh minum seteguk air dalam sela masa 1 jam.  Walaupun tiada kem komandan yang memerhati jam mereka dibolehkan minum, namun mereka amanah dalam menjalankan kewajipan, Alhamdulillah. Anak2 ummi... love u all very much.


Kesemua murabbi diwajibkan menyertai mukhaiyam ini. Ada 16 kumpulan halaqah tingkatan 4 dan 5.  Ada beberapa murabbi di kalangan ikhwah IKRAM yang tak dapat ikut serta kerana bekerja.  Tempat mereka diganti oleh 3 orang abg alumni SMAI, Wafi, Hafizudin dan Mubin. Kakak2 yang ikut pula ialah kak Nusaibah, Akrimi, Najwa dan Nurul Fatihah.  Jzkk abg2 dan kakak2 kerana dapat luangkan waktu.  Asalnya ang Ahmad ikut sekali tapi dia demam maka tak dapat ikut.
Sangat seronok dapat sama2 dgn sahabat rakan sejawatan berkampung dalam hutan.  Jujur...sangat seronok, alhamdulillah.  Makin mesra, makin kukuh ukhuwah. Ni'mat oh ni'mat.



Duduk atas gunung , kami bukan duduk saja. Awal sampai akhir ikut keseluruhan program yang dirancang.  Tahniah buat boss ummi, Ust Shahrinizam, Ust Abd Rahaim dan Ust Soleh selaku kem komandan.  Walaupun ada bbp kekurangan di pihak pengurusan, namun kecekapan team sekreteriat KRSM  ini amat membantu.  Yang seronok , selain dpd program yang diatur , tentulah waktu makan.  Jzkk kpd Mlmh Norfaizah yg mmg cekap ttg pengurusan makanan.  Pendek kata, makan memang sedap walaupun ringkas saja. Alhamdulillah.


Kami juga sempat posing bergambar di celah2 keletihan dan kepadatan acara.  Jzkk pada Usamah yang sabar jd cameraman kami.  Tengoklah wajah2 kami, para murabbi yang ceria walaupun hampir semua kami tengah lenguh kaki dan letih badan.

Ada banyak lagi ibrah yang mahu ummi kongsi, insyaAllah lain kali.  Apapun alhamdulillah, syukur ya Allah atas kesempatan melakukan amal soleh ini.  Moga kami ada saham dalam membina generasi Rabbani.



Saturday, March 9, 2013

Pilih Untuk Ditarbiyah

Assalaamu'alaikum wbt

Hidup ini penuh dengan pilihan, walaupun jika kita membiarkan orang lain buat keputusan untuk kita, ia tetap sesuatu yang kita izinkan dan pilih untuk berlaku. Alhamdulillah Allah yang Maha Mengetahui memberikan kita pilihan itu.  Seperti mana Allah sebut dalam surah As-Syams



فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا (٨)قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا (٩)وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا

8. maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan, (QS. 91:8)



9. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, (QS. 91:9)
10. dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (QS. 91:10)
Manusia yang memilih sama ada mahu ikut jalan fasik atau jalan taqwa.  Kita tanya diri sendiri apa yang kita mahu dapat di penghujung hidup kita, maka kita pilih laluan2, aktiviti2, amal2 yang membawa kita kepada apa yang kita mahu di hujung kehidupan.  Di hujungnya pasti sebuah kematian yang tidak mudah dan tidak diketahui bagaimana.  Namun kita masih diberi masa dan peluang untuk berusaha dan berdoa mendapat kesudahan yang baik.
Berada dalam jaringan tarbiyah adalah satu pilihan dalam hidup.  Memilihnya bererti perlu melalui semua wasail tarbiyah yang telah ditetapkan, perlu mengikat diri dengan disiplin2 yang ada.  Maka semua yang kita lakukan perlu kita sendiri jelas apa yang kita nak capai.  Sama ada kita lakukan atau kita tinggalkan mestilah kita tahu kenapa kita pilih begitu dan kita sudah 'serang' minda sendiri tentang keharusan memilihnya sebelum kita ditanya oleh Allah Taala.
Berada dalam jaringan tarbiyah membuat kita sedar diri, siapa kita sebenarnya , agar kita tak lupa asal usul.  Kita belajar melihat dunia seperti yang dilihat oleh para kekasih Allah.  Walaupun bagaimana kita mengisi kehidupan sebagai orang yang ditarbiyah belum mencapai aras mereka2 yang mengasihi dan dikasihi Allah, kita terus sedar diri dan tahu asal usul kita.  Membumikan apa yang kita lalui dalam wasail tarbiyah , dalam marhalah tarbiyah, bukanlah sesuatu yang mudah.  Kita ada barometer 10 muasafat peribadi Muslim untuk kita ukur di mana kita berada.  Kita ada sahabat2 dalam liqa usari atau di luar liqa usari yang akan menjadi cermin kepada diri kita.  Kadang kala semasa berada dalam jaringan tarbiyah ini banyak perasaan yang perlu dipendam dan keinginan yang perlu diketepikan, mengutamakan apa yang telah disyura, apa yang telah disepakati.  Meyakini bahawa walaupun keputusan yang dicapai mungkin bukan yang terbaik natijahnya, namun ia tetap yang terbaik kerana ia pandangan yang telah ditimbang dan dibahaskan.
Dunia ini amat melekakan dan melalaikan.  Setiap kita akan ada zon selesa yang sering merantai kaki tangan kita daripada melakukan sesuatu yang lain, sesuatu yang lebih mencabar, sesuatu yang lebih produktif, sesuatu yang memerlukan kita melawan kehendak hawa nafsu kita.  Sesuatu yang paling tidak disukai oleh diri kita yang lalai ini adalah perubahan.  Perubahan membuat kita tak yakin, membuat kita rasa kurang biasa, membuat kita rasa nak tarik selimut dan lena, membuat kita rasa malas nak fikir yang berat2 .  Perubahan mencabar rutin dan tabiat harian kita yang dah sebati dengan hawa nafsu.  Maka kita perlu buat pilihan, berubah atau tidak?  Kalau ya kenapa. Kalau tidak kenapa.  
Manusia memerlukan ganjaran untuk melakukan sesuatu.  Ganjaran boleh berupa ganjaran fizikal, ganjaran intelek, ganjaran emosi atau ganjaran spiritual. Namun kita pun sedar, hidup ini adalah medan ujian, bukan medan ganjaran..  Ganjaran hakiki akan kita perolehi di negeri akhirat.  Ganjaran di dunia tetap sebagai ujian buat kita.  Rasulullah saw tidak meninggalkan kita dengan cara hidup baginda yang mengejar ganjaran duniawi.  Rasulullah saw mengajar kita untuk mengambil dunia sebagai kenderaan untuk mencapai kebahagiaan hakiki di akhirat.
 Dari Ibnu Umar RA beliau berkata: Rasulullah SAW pernah memegang kedua pundakku seraya bersabda, “Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau musafir”. Ibnu Umar berkata: “Jika engkau berada di petang hari jangan menunggu datangnya pagi dan jika engkau berada pada waktu pagi hari jangan menunggu datangnya malam. Pergunakanlah masa sihatmu sebelum sakit dan masa hidupmu sebelum mati.” (HR. Bukhari)
Allah SWT dalam banyak ayat dari kitab-Nya yang mulia menyebutkan permisalan dunia yang semuanya menunjukkan bahawa dunia itu nilainya sangat rendah dan hina, sementara kehidupan dan kesenangannya hanya bersifat fana. Allah Yang Maha Suci berfirman:

“Ketahuilah oleh kalian, kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan tempat kalian bermegah-megah dan berbangga-bangga akan banyaknya harta dan anak. Permisalannya seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya menguning kemudian hancur. Dan di akhirat kelak ada adzab yang pedih dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Al-Hadid: 20)

Dalam ayat lain, Allah berfirman:

“Dan berikanlah kepada mereka permisalan tentang kehidupan dunia, iaitu seperti air yang Kami turunkan dari langit. Maka kerananya menjadi subur tumbuhan-tumbuhan di muka bumi. Kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering diterbangkan oleh angin. Dan adalah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Al Kahfi: 45)

Di celah2 episod kehidupan kita yang sentiasa ada ujian  , susah senang silih berganti..... sesekali kita ajak diri kita duduk sebentar, kita semak balik, kita rujuk balik...apa yang kita mahukan daripada hidup yang sementara ini?  Kesudahan baik yang kita mahukan untuk diri kita , kesudahan yang macam mana?  apa yang patut kita buat untuk mencapainya?



Friday, February 22, 2013

Assalaamualaikum wbt

Yang kuat, yang lemah...

Bismillaahirrahmaanirrahiim,

Assalaamu'alaikum wbt


1. Terasa sangat lama mengabaikan blog ini. Maaflah blog yang terabai. Hari berlalu begitu pantas, sepatutnya kepantasan waktu itu bawa bersama tugasan yang siap,namun tugasan yang ada tetap banyak walaupun dilakukan setiap hari. Terasa sangat teruja berhadapan dengan 2013...mungkin kerana kita dah tahu perancangan atau aktiviti penting yang bakal berlangsung dalam tahun ini.
Awal tahun lagi kedua belah bahu dah terasa beratnya tanggung jawab. Mampukah digalas? Hanya pada Allah jua tempat memohon kekuatan dan petunjuk. Apapun sebenarnya 'biawak' dalam diri sendiri yang menjadi musuh bila diri kita melangkah melakukan perkara yang baik. Dibisikkan macam2 hal yang menimbulkan keraguan dan ketakutan. Dihimpunkan segala yang negatif untuk melambatkankan langkah kita. Didatangkan hal2 yang sesuai dgn nafsu, yang mengubah fokus. Aduhai jiwa...tabahlah.

"(Allah) yang menciptakan MATI dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun."
Surah Al-Mulk, ayat 2.

2. Bila kegundahan mula meresap, kita mencari2 doa yang sesuai utk menjadi zikrullah

                                                                        اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
'Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah].'


Maka doa ini kini selalu dibaca dan cuba dihayati. Siapalah kita , seorang hamba yang sgt memrlukan pertolongan Allah. Indahnya bila selalu berbicara dgn Allah, insyaAllah jika sesekali kita tersilap dalam tindakan Allah akan memberi petunjuk dan bimbingan, dalam apa jua cara sekali pun.

3. Faktor usia dan kesihatan juga selalu mencabar kelalaian kita dalam mengurus hal2 yg bersangkutan dgn pemakanan dan aktiviti fizikal. Bila buka FB mcm2 iklan makanan tambahan yang keluar. Biasanya kita rajin membeli, tapi tak rajin mengambil.  Itulah kita, yang baik utk badan kita abaikan, yg penting utk minda kita tak buat, yang perlu utk rohani kita buat tak hairan... sudahnya kita yang menanggung. Maka dalam keadaan lemah kita tertanya2 kpd Allah mengapa diujiNya kita sebegini, sedang sebahagian jawapannya ada pada kita.

4. 'Our greatest weakness lies in giving up. The most certain way to succeed is always to try just one more time.'

Thomas A. Edison

'What you get by achieving your goals is not as important as what you become by achieving your goals.'

Henry David Thoreau


bersambung.....