My beloved ones

My beloved ones

Thursday, March 3, 2011

Cinta Antara Realiti Dan Fantasi

Tiga minggu lepas ke SMK Sg Tiang Pendang untuk bersama pelajar puteri di sana dari jam 10 pg hingga 1 tgh. Hari ni ke SMK Kubur Panjang , Alor Setar (dekat dgn Pendang)utk bersama pelajar puteri tingkatan 4 dan 5 pula dari jam 10.30 hingga 1 tgh. Kalau bukan kerana program Anda Bijak Jauhi Zina mungkin tak sampai ke tempat2 di Kedah yang agak jauh dari Sungai Petani. Ikutkan 2 hingga 3 jam berkongsi dgn anak2 remaja ini memang tidak memadai.
Bagus sekali kalau boleh berbicara tentang Cinta Agung - Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah saw. Ada perkongsian pula utk berkongsi tentang cara membina jati diri, membina self-awareness, boleh motivate diri sendiri...banyak sungguh. Namun kerana yang agak terhad , maka ambil isi penting dulu untuk dikongsi dengan anak2 remaja.

Rata2 ramai remaja di bangku sekolah yang sudah ada pasangan untuk bercinta. Ada yang baru pandai main mata, ada yang kalau tak nampak sehari dah tak boleh nak duduk, ada yang sampai ke peringkat pegang dan peluk, ada yang dah macam orang dah bernikah......Pergilah ke sekolah mana pun pasti ada remajanya yang bercouple..... keseriusannya bergantung kepada budaya sekolah dan program2 yang diadakan, serta commitment ibu bapa. Kalau dibiarkan sahaja untuk remaja sendiri buat keputusan.... tak mustahil akan ramai yang hanyut. Nafsu syahwat bukan boleh buat main2....

Hadis diriwayatkan at-Tirmizi bermaksud:
“Apabila seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita, yang ketiga ialah syaitan.”

Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Jika salah seorang daripada kamu ditikam di kepalanya dengan sebatang besi, itu adalah lebih baik daripada dia menyentuh seorang perempuan yang diharamkan dia menyentuhnya.”
– (Hadis riwayat Tabrani)

"Katakanlah kepada orang-orang mu'min laki-laki: hendaklah mereka itu menundukkan sebagian pandangannya dan menjaga kemaluannya…..Dan katakanlah kepada orang-orang mu'min perempuan: hendaknya mereka itu menundukkan sebagian pandangannya dan menjaga kemaluannya…..
(an-Nur: 30-31)

Daripada Maimunah Radhiallahu Anha beliau berkata : "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah 'azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.

Hadis riwayat Ahmad, baik sanadnya.

Hal2 tentang suruhan menjauhi zina bukan perkara kecil, ia perkara besar. Kalau dulu bahan lucah boleh didapati oleh mereka yang memang betul2 mencari. Sekarang, bahan lucah disajikan kepada semua orang setiap hari....sebut saja media apa yang belum ada bahan lucah. Sebab tu kalau tidak ada mekanisma saringan dalam diri setiap individu terhadap lambakan bahan lucah ini, akan hilang kepekaan, akan hilang sikap amar maaruf nahi mungkar.

Buat anak2 yang sudah sampai ketika layak berumah tangga....kahwinlah segera. Jangan asyik rasa tak cukup sbb belum ada kereta idaman, belum beli alat2 elektronik idaman, belum beli rumah idaman......duit simpanan belum sampai puluhan ribu.... kahwinlah, insya Allah dengan perkahwinan melengkapkan sebahagian iman. Allah akan cukupkan apa yang kurang dengan perkahwinan.

Cakap tentang kahwin ni...ummi tahu memang hal yang rumit dan sensitif. Melihat nisbah pelajar lelaki dengan perempuan di IPT pun dah boleh jangka akan ketidak seimbangan yang ada. Nak buat macam mana? Keadaan memang macam ni. Ramai anak2 gadis yang sudah bersedia untuk disunting, tapi belum ada calon yang sedia bertanya. Ramai gadis yang graduate tak kisah pun kalau bakal suami bukan graduate mana2, ...yang penting ada pekerjaan dan bertanggung jawab. Yang lelaki pulak...agaknya sebab banyak calon pilihan... jadi rambang mata...tak tahu nak pilih yang mana. Kadang2 si gadis cantik yang sama yang ramai jejaka berkenan. Janganlah macam tu....kan ada ramai lagi...

Apa pun....rancang perjalanan hidup yang singkat ini dengan kebijaksanaan yang berteraskan iman, letakkan keredhaan Allah sentiasa menjadi matlamat akhir kita. Dalam apa jua keputusan yang mahu dibuat, munajatlah pada Allah banyak2, nak kahwin pun munajat, tak nak kahwin pun munajat. Nak pilih yang mana pun munajat, nak menolak yang mana pun munajat......yang dicari ialah ketenangan hakiki, kebahagiaan hakiki.....