My beloved ones

My beloved ones

Tuesday, January 4, 2011

Barakallahu lakuma......

Hari berlalu dgn pantas....sedar2 sudah tahun baru. Dengan datangnya tahun baru..ada yang mengigau (mesti ada banyak sebab!!), ada yang jd imsomnia...., ada yang jiwa kacau. Apa pun perasaan yang datang dengan kehadiran maal hijrah dan tahun baru masehi... semoga kita mampu lalui dengan tabah dan jayanya.

Ummi seronok dapat berita ada anak2 ummi yang ramai di luar tu akan membina masjid. Alhamdulillah.... atas jodoh pilihan. Moga Allah merestui rumah tangga yang bakal dibina dan dilimpahi dengan rahmah wa mawaddah wa sakinah.

Sebagai seorang ibu ...ummi nak share dgn anak2 tentang hal2 berkaitan baitul muslim. Bukanlah hebat mana, nak share saja.

Buat putera2ku...
Kelak kalian akan menerima suatu amanah dari langit....amanah yang besar dan berat.
Alhamdulillah...kalian memilih untuk mengikut sunnah ar-Rasul saw. Berkahwin adalah sunnah nabi. Kalian akan disatukan dengan lafaz kalimah yang suci, dihalalkan perkara yang asalnya haram buat kalian....moga akan bertemu kedamaian dengan penyatuan dua jiwa ini.

1. Puteraku...banyaklah bersabar dalam memulakan pelayaran bahtera kehidupan yang baru. Jangan diguna kuasa suami dengan cara yang keras dan hilang hikmah. Isterimu mengharapkan bimbingan dan pimpinan.

2. Berlapang dadalah dengan kelemahan pasanganmu....yakinlah semakin lama semakin banyak kelemahannya terserlah. Ingatlah kelemahannya adalah potensi yang belum digilap....dengan tarbiyah yang betul permata didepanmu akan berkilau dan tambah berseri.

3. Janganlah kau aibkan dia di hadapan keluargamu....terguris hatinya, dalam lukanya. kaum hawa tak mudah lupa....nanti akan selalu dikenangnya tingkah lakumu yang seperti itu. Akan menjadi modal sang syaitan durjana membangkitkan rasa bencinya padamu.... Tegurlah dia dengan hikmah dan kasih sayang...dengan bahasa yang menyejukkan hati.

4. Jangan pula kau turutkan segala kemahuannya..kelak akan hilang hormatnya padamu. Tolaklah permintaannya dengan hikmah agar dia sentiasa sedar akan tempatnya di sisimu.

5. Janganlah kau abaikan keperluan zahir dan batinnya....isterimu itu cintanya pada seorang lelaki adalah bulat untukmu. Hanya kaulah yang dia ada sebagai teman hidup... berkongsi susah dan senang. Banyaklah memberi kerana dia juga akan berbuat yang sama.

6. Ringankanlah tulang mu dalam membantu urusan rumah tangga. Samada isterimu bekerja di luar atau pun tidak ...bantulah dia dgn penuh tanggung jawab. Kelak akan semakin mesralah kalian ....

7. Ajarilah dia tentang hal2 agama..itu adalah kewajipanmu. jika kau tidak mampu...datangkanlah kepadanya orang2 beriman yang boleh mengajar. Kau didik isterimu ertinya kau mendidik zuriatmu.

...............................................bersambung