My beloved ones

My beloved ones

Sunday, December 25, 2011

Taaruf Sebelum Perkahwinan

1. Taaruf merupakan salah satu bentuk ibadah kepada Allah. Ia adalah salah satu usaha mempercayai pilihanNya, bersangka baik kerana Nya dan komitmen kita memasuki gerbang perkahwinan dengan tata cara yang tidak melanggar batasaNya.

2. Niat yang ikhlas kerana Allah akan membezakan amal seseorang, samada ia menjadi ibadah atau tidak. Taaruf dengan niat yang betul akan lebih mendekatkan diri kepadaNya.

3. Sessi taaruf antara pihak teruna dan dara mestilah berlangsung dalam biah yang soleh, tidak penuh dengan senda gurauan dan tidak mendatangkan perkara lagha. Sudah tentu taaruf berlaku dengan kehadiran orang yang dipercayai oleh kedua pihak.

4. Segala tanda tanya dan keraguan hendaklah diselesaikan semasa taaruf. Hal2 berkaitan peribadi, fikrah, kewangan dsb perlu diselesaikan sebelum aqad, agar langkah ke alam rumah tangga penuh keyakinan tanpa syak wasangka.

"seorang lelaki datang kepada nabi seraya berkata," Aku hendak menikah dengan seorang perempuan Anshar." Kemudian Rasulullah saw bertanya kepadanya, "Apakah engkau sudah melihatnya? Kerana sesungguhnya pada mata orang-orang Anshar itu terdapat sesuatu" Dia menjawab, " Aku sudah melihatnya." (HR Muslim)

"Janganlah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita dan janganlah seorang wanita berpergian kecuali disertai mahramnya. " (HR Bukhari )

Dua hadith di atas amat jelas tentang akhlak sepanjang taaruf, boleh pandang....jangan pegang....ada mahram...ada peneman.
Selepas taaruf saling beristikharah ....memohon kepada Allah agar diberi yang terbaik dunia wa akhirat. Kalau setuju teruskan cara yang maaruf...kalau tak setuju pun dengan cara yang maaruf. Apa2 maklumat hasil dari proses taaruf adalah rahsia bukan untuk dihebahkan di khalayak ramai.

Bila hati yakin, bulat dan pasrah kepada Allah ....apa2 sahaja ketentuan Allah diterima dengan ikhlas hati dan redha. Tiada istilah 'frust' atau 'sedih giler' atau yang sama negatif sepertinya. Hati yakin Allah knows best. Allah knows the past , present and future.

5. Jangan silap ya...taaruf bukan waktu atau peluang untuk couple....couple biasa ke atau couple Islamic. Bukan peluang berpacaran...Jangan cemari mukaddimah ikatan perkahwinan dengan cara jahiliyah yang menghalalkan semua. Taaruf bukan medan ujian berasmara...sama ada secocok atau tidak.

"Kami tidak melihat ada sesuatu yang dapat semakin menguatkan perasaan mencintai di antara dua orang melebihi ikatan perkahwinan" (HR Ibnu Majah)


"Barang siapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah maka sempurnalah imannya.
(HR Ahmad)

Janganlah dilambat2kan proses aqadnya bila selepas taaruf kedua pihak saling bersetuju dan kata muafakat diambil. Melambat2kan dan menyusah2kan perkara aqad kerana hal duniawi yang tidak menjadi keutamaan di sisi agama bukanlah sesuatu yang disukai oleh Allah.

Thursday, July 7, 2011

.....bahagia bersama....

Ummi teringat beberapa orang anak2 buah ummi , gadis2 pintar lagi berakhlaq yang ambil bidang perubatan......
Gadis 1 : Ummi mana boleh macam ni...kami dahlah belajar teruk...bila exam sampai nak demam sebab teruk belajar....kerja pun lebih teruk dari bidang lain....orang lain tidur kami masih oncall. rehat pun sikit. Tu takpe lagi...yang penting kami masih istiqamah dgn kerja2 dakwah. yang tak best ni bila ikhwah tak mahu pasangan hidup mereka doktor..! Sedih ! macam kami ada buat salah....

Ummi : Yakinlah dgn ketentuan Allah...bukan semua orang sama. Yang baik untuk yang baik.... antunna amat berharga, amat penting...biarlah yang menyunting antunna yang menghargai diri antunna.....

Gadis 2 : Ummi tahu.....kawan ana , doktor juga....dah kawin dan ada baby ...dia kata..kdg2 sedih juga, balik oncall kdg2 suami masam muka. Hari tu anak dia demam tapi dia tak boleh cuti sebab hospital tak luluskan...suamilah kena ambil cuti, jaga anak. menangis dia....alhamdulillah dia jenis tabah....dia heart to heart talk dgn husband....mereka ok dah sekarang...nampak makin faham dan serasi...

Ummi : Betul...heart to heart talk memang penting...ummi pun macam tu walaupun dah lama walimah. yang penting komunikasi dua hala mesti ada...kena selalu cakap ' I love u'...bila di rumah kalau boleh beri tumpuan sepenuhnya pada suami dan anak2...especially suamilah....rumah bersih...makanan sentiasa sedia...Tak semestinya isteri buat sorang. Suami ummi rajin kemas rumah...biasanya kami buat sama2...sapu daun2 depan rumah pun sama2....lipat baju sama2...seronok...lepas tu kita sediakan juadah untuk family....berkelah di depan rumah...Yang penting nak jaga rumah tangga perlu usaha dan doa...perkataan malas tak sepatutnya ada pada diri seorang daie....

Gadis 3 : Nak buat persediaan macam mana ya ummi..? Manalah tahu...tiba2 ada orang pinang..takut tak sedia..

Ummi : Pesrsediaan yang seimbang...fizikal, mental, emosional, spiritual....jaga kesihatan, jaga ibadah, jaga akhlaq, banyak membaca tentang hal2 yang boleh menjadikan kita manusia yang lebih baik, lebih positif. pada masa yang sama skills sbg isteri dan ibu mestilah digilap....tahu masak makanan yang berkhasiat adalah asset bg sesiapa pun. Kita yang berpelajaran ni lebih lagilah kena bersedia dgn segala kemahiran....yang penting jangan MALAS....sentiasa tambah kemahiran....yang penting buat kerja dengan ikhlas...dengan penuh kasih sayang....setiap amal ikhlas ada ganjaran di sisi Allah...macam fatimah puteri Rasulullah saw...diajar oleh baginda dengan zikir berguna...setiap kerja rumah jadi medan amal soleh....kan bahagia macam tu....

Tak kurang penting ialah seni komunikasi dengan suami...lihat dia sebagai pemimpin, buah hati, kekasih, teman hidup, teman serumah, suami yang dikasihi....jadi mesti berusaha untuk saling membahagiakan. Apa saja yang buat suami happy kita mesti suka buat .....kita pun mesti beritahu dia apa yang buat kita happy...nanti perlu ada give and take...tak boleh nak fikir tentang bahagia sendiri....apa erti kita bahagia kalau pasangan kita derita....kan gitu!

Tuesday, July 5, 2011

Apa khabar anak2 ku.......

Semasa jari menaip di laman ini...seakan2 terpandang2 wajah anak2 ummi yang sudah selamat melangkah ke marhalah baitul muslim. Agaknya apa cerita mereka....mudah2an semua nya baik dan bahagia.

Pertemuan dengan beberapa sahabat yang satu masa dulu dalam halaqah tarbiyah yang sama mengundang nostalgia dan mengetuk minda. Antara mereka ada yang sudah bergelar ibu mertua, ada yang sudah bergelar opah....Biasalah memang sudah mesra dan 'ngam' sejak dulu....jarak masa tidak mengubah keakraban yang sedia ada. Alhamdulillah banyak perkongsian yang boleh dimanafaatkan. Kami pun boleh dikategorikan sebagai 'the wise moms' ....maka tindakan yang perlu dibuat wajarlah berlandaskan kebijaksanaan dan hikmah.

Perkongsian 1

Akak terima kunjungan dari sekumpulan anak muda menziarahi keluarga. Mereka ni merupakan generasi muda yang ada kesedaran Islam dan terlibat dengan kerja2 dakwah. Ada yang dah kahwin , ada yang belum. Setelah taaruf tu...bila ditanya2...keluarlah cerita....

(i) susah rupanya kahwin....lagi kalau suami isteri sibuk....nak seimbangkan kerja, keluarga...dakwah. masing2 bila balik rumah penat...tak larat nak layan satu sama lain....lama2 rasa macam hambar....takutlah kalau berterusan begini....

(ii) isteri saya tak pandai masak...kemas rumah tu sikit2 bolehlah...kalau kami saja takpe...saya pun tak kisah sangat. Masalahnya bila emak saya datang...emak bisinglah tengok rumah tak kemas.....toilet tak cukup berkilat....bila saya cakap kat isteri....mulalah dia nak merajuk.....aduh masalahlah macam ni...

(iii) isteri saya memang kerja hebat....masa kat universiti pun dia hebat akademik dan persatuan...saya ni taklah hebat macam dia. Bila dah ada anak ni kadang2...rasa pulak saya yang kena banyak uruskan hal anak dan rumah...pembantu rumah bukan senang nak dapat. terfikir juga yang negatif kadang2....tapi bila ingatkan tentang keluarga...saya sayang apa yang saya ada....

Perkongsian 2

Bila tanya2 kat anak2 yang dah nak tamat belajar dan sudah wajar melangkah ke baitul muslim....yang macam mana wanita pilihan mereka...maka inilah beberapa feedback..

(i)...saya tak mahu kahwin dengan doktor....kawan2 kata banyak cabaran bila isteri kita doktor...takpelah ada banyak pilihan....tapi kalau dah jodoh kena terimalah

(ii) ...anak akak minta carikan isteri untuk dia...dia pesan dia tak mahu isteri yang bekerja..tapi yang graduate...(wah susah juga!)...dia nak full time housewife...dia tak mahu anak2 dia nanti tidak terdidik dengan baik....

(iii) semestinya pilihan saya yang ada rupalah....sedap mata memandang....kan tak halal pandang yang di luar..jadi yang jadi isteri biarlah yang sesuai di mata dan hati....

(iv)..kahwin??...tak lagi rasanya..duit tak cukup banyak!...berapa baru ok?... tak tahulah...tapi nak beli kereta dulu...nak melancong dulu...tak puas lagilah hidup single....kahwin ni banyak tanggung jawab...

Perkongsian 3

(i)....menantu akak...bukan asset tapi liabiliti....akak yang kena uruskan makan minum ...kain baju...tak pandai masak, tak reti kemas....hari cuti lepas subuh mesti tidur....kitalah yang kena uruskan.... macam mana nak cakap pun tak tahulah....dia tu baik..tgapi masalah dia ttg urusan rumah tangga...

(ii)...menantu lelaki yang ada..pendiam sikit...tak suka sembang sangat...nampak tak berapa pandai bertukang....lampu terbakar pun tak reti nak tukar mentol...kalau datang rumah...duduk dalam bilik ja....kita naklah juga sembang2...


..........................

Baitul muslim adalah medan dakwah...Rasulullah saw sudah menunjukkan kepada kita bagaimana mengurus diri dan keluarga. Kisah hidup Rasulullah saw dan para sahabat sewajarnya dirujuk dan dijadikan panduan.

Mukaddimah perkahwinan amat penting...bermula dengan pemilihan calon pasangan hidup....proses aqad nikah....kenduri kendara...
Anak2 yang melangkah ke alam baitul juslim mestilah realistik....janganlah mengharapkan pasangan kita tiada kekurangan. manusia pasti ada kelebihan dan kekurangan...Lihat kriteria asas yang ada padanya yang telah membuatkan dia menjadi pilihan kita...tentu pada dirinya ada nilai2 yang kita hargai.

10 tahun pertama di alam perkahwinan...penuh dengan ujian...ia proses taaruf yang panjang. Apa pun ujian yang datang...janganlah terfikir langsung untuk berpisah atau bawa haluan masing2....pertahankan mahligai yang dibina....
i. bawa bincang dengan tenang dan sabar
ii. mohon petunjuk daripada Allah agar setiap tindakan dibimbing dan di berkati
iii. berterusan mendalami hal2 agama....
iv. rujuk orang2 yang boleh membantu dan memberi nasihat berguna....

bersambung......

Thursday, March 3, 2011

Cinta Antara Realiti Dan Fantasi

Tiga minggu lepas ke SMK Sg Tiang Pendang untuk bersama pelajar puteri di sana dari jam 10 pg hingga 1 tgh. Hari ni ke SMK Kubur Panjang , Alor Setar (dekat dgn Pendang)utk bersama pelajar puteri tingkatan 4 dan 5 pula dari jam 10.30 hingga 1 tgh. Kalau bukan kerana program Anda Bijak Jauhi Zina mungkin tak sampai ke tempat2 di Kedah yang agak jauh dari Sungai Petani. Ikutkan 2 hingga 3 jam berkongsi dgn anak2 remaja ini memang tidak memadai.
Bagus sekali kalau boleh berbicara tentang Cinta Agung - Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah saw. Ada perkongsian pula utk berkongsi tentang cara membina jati diri, membina self-awareness, boleh motivate diri sendiri...banyak sungguh. Namun kerana yang agak terhad , maka ambil isi penting dulu untuk dikongsi dengan anak2 remaja.

Rata2 ramai remaja di bangku sekolah yang sudah ada pasangan untuk bercinta. Ada yang baru pandai main mata, ada yang kalau tak nampak sehari dah tak boleh nak duduk, ada yang sampai ke peringkat pegang dan peluk, ada yang dah macam orang dah bernikah......Pergilah ke sekolah mana pun pasti ada remajanya yang bercouple..... keseriusannya bergantung kepada budaya sekolah dan program2 yang diadakan, serta commitment ibu bapa. Kalau dibiarkan sahaja untuk remaja sendiri buat keputusan.... tak mustahil akan ramai yang hanyut. Nafsu syahwat bukan boleh buat main2....

Hadis diriwayatkan at-Tirmizi bermaksud:
“Apabila seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita, yang ketiga ialah syaitan.”

Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Jika salah seorang daripada kamu ditikam di kepalanya dengan sebatang besi, itu adalah lebih baik daripada dia menyentuh seorang perempuan yang diharamkan dia menyentuhnya.”
– (Hadis riwayat Tabrani)

"Katakanlah kepada orang-orang mu'min laki-laki: hendaklah mereka itu menundukkan sebagian pandangannya dan menjaga kemaluannya…..Dan katakanlah kepada orang-orang mu'min perempuan: hendaknya mereka itu menundukkan sebagian pandangannya dan menjaga kemaluannya…..
(an-Nur: 30-31)

Daripada Maimunah Radhiallahu Anha beliau berkata : "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah 'azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.

Hadis riwayat Ahmad, baik sanadnya.

Hal2 tentang suruhan menjauhi zina bukan perkara kecil, ia perkara besar. Kalau dulu bahan lucah boleh didapati oleh mereka yang memang betul2 mencari. Sekarang, bahan lucah disajikan kepada semua orang setiap hari....sebut saja media apa yang belum ada bahan lucah. Sebab tu kalau tidak ada mekanisma saringan dalam diri setiap individu terhadap lambakan bahan lucah ini, akan hilang kepekaan, akan hilang sikap amar maaruf nahi mungkar.

Buat anak2 yang sudah sampai ketika layak berumah tangga....kahwinlah segera. Jangan asyik rasa tak cukup sbb belum ada kereta idaman, belum beli alat2 elektronik idaman, belum beli rumah idaman......duit simpanan belum sampai puluhan ribu.... kahwinlah, insya Allah dengan perkahwinan melengkapkan sebahagian iman. Allah akan cukupkan apa yang kurang dengan perkahwinan.

Cakap tentang kahwin ni...ummi tahu memang hal yang rumit dan sensitif. Melihat nisbah pelajar lelaki dengan perempuan di IPT pun dah boleh jangka akan ketidak seimbangan yang ada. Nak buat macam mana? Keadaan memang macam ni. Ramai anak2 gadis yang sudah bersedia untuk disunting, tapi belum ada calon yang sedia bertanya. Ramai gadis yang graduate tak kisah pun kalau bakal suami bukan graduate mana2, ...yang penting ada pekerjaan dan bertanggung jawab. Yang lelaki pulak...agaknya sebab banyak calon pilihan... jadi rambang mata...tak tahu nak pilih yang mana. Kadang2 si gadis cantik yang sama yang ramai jejaka berkenan. Janganlah macam tu....kan ada ramai lagi...

Apa pun....rancang perjalanan hidup yang singkat ini dengan kebijaksanaan yang berteraskan iman, letakkan keredhaan Allah sentiasa menjadi matlamat akhir kita. Dalam apa jua keputusan yang mahu dibuat, munajatlah pada Allah banyak2, nak kahwin pun munajat, tak nak kahwin pun munajat. Nak pilih yang mana pun munajat, nak menolak yang mana pun munajat......yang dicari ialah ketenangan hakiki, kebahagiaan hakiki.....

Monday, February 28, 2011

Soulmate.....

Tak payah beli bunga.....tak payah ajak candle light dinner....Lebih bermakna, bila buah hati kita demam ,kita tolong ambilkan ubat utk dia makan, kita urut2 kakinya yang lenguh seharian berdiri di tempat kerja...kita tolong sidaikan pakaian dgn senyuman tanpa diminta.....

Semakin hari semakin sayang....Allah berkati perjalanan hidup dua insan yang sama2 mencari redha Ilahi. Walaupun bahtera yang dilayari sesekali dilanda ombak namun kerana ada persamaan tujuan dan tempat pulang maka badai kecil mahupun besar dapat dihadapi bersama.

Bilangan hari yang bertambah dalam kehidupan bersama pasangan yang dicintai, maka akan terserlah kelebihan dan kekurangan masing2. Mengetahui kelemahan pasangan kita bukan alasan untuk berpisah, alasan untuk bergaduh. Kelemahan boleh menjadi kekuatan jika dapat dibina bersama2 dengan penuh rasa kasih sayang dan tanggung jawab. Kelemahan diatasi dengan penuh kesedaran dan kewarasan....bukan paksaan sebelah pihak. Jangan paksa diri untuk ubah apa yang ada pada pasangan kita. Sepatutnya kita memilihnya kerana apa yang ada padanya. Kita tak mampu mengubah orang lain, yang mampu kita lakukan adalah mengubah persepsi dan tindakan diri sendiri. Kekadang orang lelaki ingat senang nak didik orang perempuan, senang nak ubah diri mereka...kerana sepatutnya orang perempuan mesti taat kepada suami. Sebenarnya taklah semudah itu. Begitu juga dengan isteri nak control dan ubah perangai suami.....

Sepuluh tahun pertama perkahwinan adalah fasa yang penuh dengan proses taaruf yang panjang dan penuh dengan ujian yang boleh, semakin mendekatkan atau menjauhkan pasangan. Ia banyak bergantung kepada kedua2 orang yang terlibat. kadang2 campur tangan keluarga tak mengelokkan keadaan...Sebab tulah proses tarbiyah diri perlu berjalan seiring usia. Bina diri agar semakin hari semakin baik...semakin sabar, semakin pemaaf, semakin pandai bertolak ansur, semakin assertif dlm tindakan..dll. Janganlah masa sekolah ada tarbiyah, di universiti ada tarbiyah...tup2 bila kerja terhenti tarbiyah, bila kahwin terus tak mahu ikut tarbiyah...sedangkan setelah berkahwin, dengan amanah yang semakin berat, sepatutnya tarbiyah berlipat kali ganda.

Ketahuilah dan fahamilah perbezaan lelaki dan perempuan secara holistik. Rajin membaca bahan ilmiah, rajin dengar ceramah, rajin bertanya....insya Allah barulah tindakan dalam berkeluarga ada panduan dan tunjuk ajar. Contohnya bila isteri dah mula mengandung dan bersalin lebih daripada seorang anak, tentulah bentuk badan berubah , tak macam anak dara dulu. kadang2 sang suami tak sensitif dan tak jaga perasaan isteri ...sedapnya mulut cakap isteri tak pandai jaga badan. Nak jaga badan bukan dengan cakap saja...perlu modal, wang, usaha dan masa. Bantulah sama2 kalau suka isteri jaga badan. Bagi sokongan moral, temankan isteri bersenam atau bertanam di sekeliling rumah supaya dua2 sihat. Yakinlah semakin rapat suami isteri semakin mudah menangani apa jua masalah yang timbul. kena mesra dan tujukkan kasih sayang...dalam rumah sendiri tentu tak ada masalah...Isteri pulak bila cakap dengan suami mestilah maintain rasa hormat...jangan sampai ter'over' bila bicara dengan suami. Jangan juga ambil kesempatan atas kebaikan suami. Senang cerita masing2 kena tahu sempadan dan batasan. Biasakan lebih banyak memberi daripada banyak meminta. Masing2 tak demand lebih2..

Hubungan suami isteri bukan sekadar fizikal (tak menafikan ia penting)..hubungan mesti seimbang...jasmani, rohani, emosi dan intelek. Isteri2 sekarang kena lebih berperanan menjaga komunikasi, kena 'initiate' banyak perkara....ledakan siber ada impak positif dan negatif terhadap rumah tangga. Percayalah ada pasangan yang gila games sampai abai tanggung jawab...ada suami tak kisah isteri, berjaga sampai awal pagi kerana online games. Ada juga isteri tak masak dan tak buat kerja rumah tengok drama online...atau sibuk di fb. Couples should get connected....ada masa solat berjamaah sekali, ada masa masak sama2, ada masa ziarah orang tua kedua2 belah, ada masa tengok homework anak, ada masa ajar anak baca iqra', ada masa untuk banyak lagi......sengaja cari masa untuk bersenda gurau, sengaja cari masa untuk ambil peduli hal pasangan kita.

Ada pasangan memasuki alam rumah tangga dengan persepsi awal yang tak realistik....Dalam dunia ni mana ada suami isteri yang tak pernah berbeza pendapat, mana ada suami isteri yang sama saja dalam segala hal dan tuntutan....kalau ada yang mengaku pun...mungkin belum diuji lagi oleh Allah...kadang Allah uji sikit saja dah putus asa. janganlah macam tu,pertahankan mahligai rumah tangga kita sebaik mungkin, hingga ke akhir nyawa..bahagia sampai akhirat.....sambung

Tuesday, January 4, 2011

Barakallahu lakuma......

Hari berlalu dgn pantas....sedar2 sudah tahun baru. Dengan datangnya tahun baru..ada yang mengigau (mesti ada banyak sebab!!), ada yang jd imsomnia...., ada yang jiwa kacau. Apa pun perasaan yang datang dengan kehadiran maal hijrah dan tahun baru masehi... semoga kita mampu lalui dengan tabah dan jayanya.

Ummi seronok dapat berita ada anak2 ummi yang ramai di luar tu akan membina masjid. Alhamdulillah.... atas jodoh pilihan. Moga Allah merestui rumah tangga yang bakal dibina dan dilimpahi dengan rahmah wa mawaddah wa sakinah.

Sebagai seorang ibu ...ummi nak share dgn anak2 tentang hal2 berkaitan baitul muslim. Bukanlah hebat mana, nak share saja.

Buat putera2ku...
Kelak kalian akan menerima suatu amanah dari langit....amanah yang besar dan berat.
Alhamdulillah...kalian memilih untuk mengikut sunnah ar-Rasul saw. Berkahwin adalah sunnah nabi. Kalian akan disatukan dengan lafaz kalimah yang suci, dihalalkan perkara yang asalnya haram buat kalian....moga akan bertemu kedamaian dengan penyatuan dua jiwa ini.

1. Puteraku...banyaklah bersabar dalam memulakan pelayaran bahtera kehidupan yang baru. Jangan diguna kuasa suami dengan cara yang keras dan hilang hikmah. Isterimu mengharapkan bimbingan dan pimpinan.

2. Berlapang dadalah dengan kelemahan pasanganmu....yakinlah semakin lama semakin banyak kelemahannya terserlah. Ingatlah kelemahannya adalah potensi yang belum digilap....dengan tarbiyah yang betul permata didepanmu akan berkilau dan tambah berseri.

3. Janganlah kau aibkan dia di hadapan keluargamu....terguris hatinya, dalam lukanya. kaum hawa tak mudah lupa....nanti akan selalu dikenangnya tingkah lakumu yang seperti itu. Akan menjadi modal sang syaitan durjana membangkitkan rasa bencinya padamu.... Tegurlah dia dengan hikmah dan kasih sayang...dengan bahasa yang menyejukkan hati.

4. Jangan pula kau turutkan segala kemahuannya..kelak akan hilang hormatnya padamu. Tolaklah permintaannya dengan hikmah agar dia sentiasa sedar akan tempatnya di sisimu.

5. Janganlah kau abaikan keperluan zahir dan batinnya....isterimu itu cintanya pada seorang lelaki adalah bulat untukmu. Hanya kaulah yang dia ada sebagai teman hidup... berkongsi susah dan senang. Banyaklah memberi kerana dia juga akan berbuat yang sama.

6. Ringankanlah tulang mu dalam membantu urusan rumah tangga. Samada isterimu bekerja di luar atau pun tidak ...bantulah dia dgn penuh tanggung jawab. Kelak akan semakin mesralah kalian ....

7. Ajarilah dia tentang hal2 agama..itu adalah kewajipanmu. jika kau tidak mampu...datangkanlah kepadanya orang2 beriman yang boleh mengajar. Kau didik isterimu ertinya kau mendidik zuriatmu.

...............................................bersambung