My beloved ones

My beloved ones

Wednesday, July 21, 2010

Tentang jodoh....

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.....itulah ungkapan yang sering diucapkan dan didengar. Apabila sudah tiba masa sesiapa pun akan terfikir tentang jodoh, mahu mempunyai teman hidup. Maha Suci Allah yang telah memberikan keinginan kepada manusia untuk berpasang-pasangan dan hidup berkasih sayang. Dengan adanya pasangan hidup di samping kita, jiwa rasa tenteram dan kebahagiaan dapat dirasai. Pasangan hidup yang telah dihalalkan oleh Allah bila berlaku ijab qabul, dapat memenuhi keinginan fizikal, emosional dan spiritual kita, alhamdulillah.

Dalam suasana hari ini, antara keluh kesah yang sering sampai kepada kita adalah tentang payahnya mendapat pasangan hidup yang memenuhi ciri-ciri pasangan impian kita. Bukan sahaja yang boleh menerima kebaikan dan kelemahan kita malah boleh diterima baik oleh ibu ayah dan keluarga. Di pihak dia dan di pihak kita. Banyak betul aspek yang perlu dinilai di zaman sekarang..... hingga kadang-kadang untuk memenuhi penilaian itu menjadi sesuatu yang melemaskan dan menghambat kita dari setiap sudut.

Perkahwinan memang sesuatu yang perlu diurus dengan berhati-hati dan jauh dari maksiat dari awal perancangan hingga bersatu kedua mempelai dalam sebuah rumah tangga. Mukaddimahnya perlu bebas dari maksiat....untuk mendapat kehidupan yang penuh barakah. Hadis nabi saw tentang cara memilih calon pasangan hidup memang sudah jelas. Kalau ia menjadi rumit , kita yang menambah ciri itu dan ini hingga memayahkan sesuatu proses pernikahan itu menjadi kenyataan. Selain dari ciri utama , iaitu yang beragama, kita tambah dengan
ada kerja tetap
kelulusan sepadan
negeri kelahiran mesti yang boleh ngam
ada rupa
ada harta
modern
teruna
kalau duda ...tengok keadaan
cukup duit hantaran dan mas kahwin
.......
.........
............

Sebenarnya tak salah pun kalau ada penambahan yang banyak... masing2 ada citarasa dan kehendak tersendiri.

Ada pula yang tak kisah kahwin dengan sesiapa pun tak apa....asalkan dapat memenuhi keperluan zahir dan batin. Yang penting kahwin.....agak2 tak sesuai, boleh cerai dan cari ganti yang lain. Mudah sungguh........

Pandangan ummi...nak buat apa pun.."begin with the end in mind...". kita perlu tanya diri kita, apa yang sebenarnya kita mahukan daripada perkahwinan ini? Kemana ia dapat membawa kita di akhirat nanti? Kalau ciri2 pasangan yang kita dambakan belum dijodohkan untuk kita, perlukah kita terima yang lain walaupun pada dirinya tidak banyak sifat yang menyenangkan kita? .....banyak betul soalan yang kita kena tanya diri kita sendiri..., dan kita jawab sendiri, ..kita solat, hajat, solat istikharah....untuk dapatkan jawapan...supaya tindakan kita seterusnya dibuat dengan penuh keyakinan dan bimbingan dari Allah yang Maha Mengetahui. Yang penting , janji Allah itu benar. Kalau mahu suami yang soleh, kita mesti jadi muslimah yang solehah. kalau mahu isteri yang solehah, kita mesti jadi lelaki yang soleh. Lambat atau cepat, memang urusan Allah, banyakkan doa, banyakkan taubat dan muhasabah diri, tambahkan ilmu dan amal....insya Allahu Taala pasti dapat yang terbaik.

Bila jodoh kita dah tiba, yang soleh dapat yang solehah....ia permulaan sebuah kehidupan baru yang penuh dengan ujian. Perkahwinan yang berjaya dan bahagia memerlukan komitmen kedua-dua suami dan isteri berperanan dan bertanggung jawab. Semua perkahwinan pasti ada ujian... maka laluilah perkahwinan dengan sebaik mungkin berbekalkan keimanan, ketaqwaan, kasih sayang, toleransi, kesefahaman, minda yang positif.....dll.

......bersambung

Monday, July 19, 2010

Ayuh kita bertaubat....

Perasaan yang dirasai sekarang ketika berada di bulan Syaaban...menghampiri Ramadhan, amat terasa lain. Tidak seperti di bulan2 yang lain, rasa lebih hiba, lebih muhasabah diri, lebih terasa mahu membanyakkan amal2 sunat di samping terus menyempurnakan yang wajib.

Maka di kesempatan ini perkara yang mahu diketengahkan ialah....taubat. Saya petik beberapa pengertian taubat dari ulama'.

Abu al-Hassan an-Nuri berkata, " Taubat adalah bahwa engkau meninggalkan segala sesuatu selain Allah Azza wa Jalla."

Al-Kalbi berkata," Taubat adalah beristighfar melalui lisan, menyesali dalam hati, dan berhenti berbuat dosa dengan raga."

Sa'id bin al-Musayyib mengatakan, " Taubat adalah apabila engkau menasihati diri sendiri."

Imam al-Haramain (Guru Imam al-Ghazali) mengatakan, " Taubat adalah upaya untuk tidak mengulangi perbuatan dosa yang pernah dilakukan disertai dengan kesungguhan untuk tujuan mengagungkan Allah swt dan menjauhi murkaNya."

Rasulullah saw bersabda yang mafhumnya, "Setiap anak Adam banyak berbuat salah (dosa) dan sebaik-baik orang yang banyak salahnya adalah mereka yang bertaubat (dari dosa tersebut)"

Firman Allah swt dalam surah An-Nur ayat 31 yang maksudnya,
"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah , wahai orang2 yang beriman supaya kamu beruntung."

Setiap hari walau bagaimana kita cuba mengelak, kita pasti akan berbuat dosa. Kadang2 dosa itu tidak kita rancang langsung, atau terfikir untuk lakukan. Namun kita dalam keadaan yang terleka 'terbuat' perkara tersebut. Ada juga manusia yang memang suka berbuat dosa dan sudah terbiasa melakukannya hingga perbuatan itu dibuat dengan begitu bersahaja. Tidak rasa bersalah langsung.

Mengapa kita perlu bertaubat?

Pertama, kerana kita memang tidak boleh lepas dari berbuat dosa. Dosa akan menjadi penghalang hubungan baik kita dengan Allah. Maka setiap hari kita perlu bertaubat agar hubungan kita sentisa baik dan dekat dengan Allah. Dosa yang tidak diikuti dengan taubat akan membawa kita ke jurang kehancuran. betapa besar pun dosa kita, kita tidak boleh putus asa dari rahmat dan keampunan Allah.

Kedua, bertaubat adalah amalan yang dperintahkan oleh Allah. Dalam surah at-Tahrim ayat 8, Allah berfirman yang maksudnya, " Wahai orang2 yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang semurni2nya."

Orang yang ego adalah orang2 yang tidak suka diingatkan tentang taubat dan selalu menangguh2kan taubat. Dia memandang rendah terhadap keperluan manusia untuk bertaubat. Apabila perbuatan dosa sudah menjadi seperti santapan wajib setiap hari , maka lama kelamaan manusia tidak langsung merasai rasa tersiksa sanubari bila melakukan dosa.

Ketiga, kerana Allah swt mencintai hamba2nya yang bertaubat. Dalam surah a-Baqarah ayat 222, Allah berfirman yang bermaksud, "sesungguhnya Allah menyukai orang2 yang bertaubat dan menyukai orang2 yang mensucikan diri."

Amat beruntunglah orang2 yang dicintai oleh Allah Azza wa Jalla. Yang mana bila Allah mencintai si polan, maka Allah akan meminta makhluknya di langit dan di bumi untuk mengasihinya.

Keempat, Rasulullah saw sentiasa bertaubat kepada Allah. Rasulullah adalah seorang yang maksum namun Baginda sentiasa bertaubat ke hadrat Allah . jika seorang rasul pun perlu kepada taubat, maka kita yang selalu berdosa ini amat perlu juga kepada taubat. Mengikuti amalan nabi yang suka bertaubat adalah tanda kita mengasihi nabi kita, mahu bersama dengan nabi kita di akhirat.

Mungkin ada lagi sebab2 yang lain....tak apalah, cukuplah empat sebab, dikongsi bersama. mari kita praktikkan amalan bertaubat dalam kehidupan seharian kita....cari masa untuk muhasabah diri dan setiap kali selepas solat kita berdoa bersungguh2 memohon keampunan Allah dan agar menerima amalan2 kita, agar menerima taubat kita.....amin ya Rabb.

Friday, July 9, 2010

Bicara wanita

1. Wanita Muslimah pada zaman Nabi saw memahami ciri2 keperibadiannya seperti mana yang telah digariskan oleh agama Islam yang murni hingga semua aspek kehidupan mereka dilalui dgn dasar pemahaman tersebut.

Dalam sebuah hadith, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, " Sebenarnya wanita itu adalah saudara kandung lelaki" (HR Abu Daud) Ini bermakna kewajipan2 terhadap agama mempunyai persamaan dengan lelaki dan ada yang khusus untuk wanita.

2. Membuka wajah sudah umum dilakukan semasa zaman Nabi saw. Memakai penutup wajah adalah perkara yang tidak diwajibkan , berdandan pula dibolehkan dalam batas2 yang sesuai dengan keperibadian Muslimat dan pada tempat yang betul.

Islam tidak melarang fesyen wanita mengikut sesuatu tempat dan budaya asalkan ia selari dengan kehendak syariat. Ini tentu membantu wanita untuk lebih aktif dan giat dalam kerja2 dakwah dalam masyarakat.

3. Keterlibatan wanita dalam masyarakat, berurusan dengan kaum lelaki adalah sesuatu yang dibolehkan dengan beberapa tuntutan yang tujuannya memberi kemudahan kepada mukminin dan mukminat untuk memenuhi tuntutan hidup. Yang mana peraturan2nya bersifat memelihara bukan menghambat.

Keterlibatan wanita dalam masyarakat telah banyak menyumbang kepada pembangunan insan dan pemerkasaan (empowerment) wanita dalam banyak bidang. Wanita bukan sahaja membantu suaminya dalam mencari nafkah malah membantu membangunkan negara dengan kebolehan yang ada pada dirinya.

Wednesday, July 7, 2010

Mari bicara tentang wanita.....muqaddimah

Wanita muslimah sering menjadi mangsa dua jenis jahiliah:

1. Jahiliah abad ke keempat belas hijrah, iaitu jahiliah dalam sikap yang
berlebihan, keras, taklid buta yang dimiliki kaum bapak dan suami

2. Jahiliah abad ke dua puluh masehi, iaitu jahiliah yang mempamirkan aurat,
melakukan seka bebas dan taklid buta terhadap barat.

Golongan anti Islam sering kali menggunakan isu2 wanita untuk menolak Islam dan menabur fitnah terhadap Islam. Kita lihat senario hari ini.....di tengah2 era teknologi canggih masih ada wanita Islam di negara Islam yang tidak mendapat haknya sebagai seorang Muslim, contohnya hak menuntut ilmu, hak bersuara, hak memberikan pendapat, hak memiliki harta......dll.....bukan kerana masyarakat dinegara tersebut berpegang teguh kepada ajaran Islam hingga menyekat hak2 wanitanya....namun kerana masih berpegang kepada budaya tempatan yang tak bersesuaian dengan kehendak Islam.
Maka contoh layanan yang negatif terhadap wanita ini menjadi modal golongan anti Islam untuk terus mengasak Islam dari berbagai sudut.

Jika di tempat kita, kelemahan di mahkamah syariah hingga berlaku kelewatan atau kegagalan memberi keadilan kepada ibu tunggal dan ibu yang ditinggal menjadi modal memandang rendah syariat Islam oleh golongan pendokong undang2 yang dibuat oleh manusia...termasuk golongan Islam liberal yang terus terang menolak penegakan syariat Islam di Malaysia...

Jadi marilah kita berterusan mendalami ilmu akhirat dan dunia untuk terus membaiki kelemahan2 kita. Kita perlu celik dan cerdik ...agar tidak mudah terpengaruh dengan tipu daya syaitan dan manusia....