My beloved ones

My beloved ones

Tuesday, November 2, 2010

...tentang jodoh...

Masa silih berganti...menambah usia kita..mendekatkan kita kepada sebuah pertemuan yang pasti ...pertemuan dengan yang maha Mencipta. Allah yang maha Mencipta, yang Maha Mengetahui segala rahsia langit dan bumi...Allah yang amat mengetahui bahawa di hati anak2 yang semakin remaja dan dewasa terselit perasaan resah gelisah....mungkin gelisah inilah yang dialami oleh Nabi Adam alaihi salam sewaktu masih tiada teman....hinggalah Allah ciptakan Hawa menjadi teman hidup di waktu suka dan duka, dan berkembang biaklah keturunan Adam dan Hawa.

Musim cuti bererti musim pertunangan dan pernikahan di sana sini. Yang sedang menghitung ketibaan hari bahagia akan terasa lambatnya minit berganti....kalau boleh mahu diseru matahari agar cepat sedikit terbit diwaktu pagi dan lebih cepat terbenam di waktu sore...biar hari cepat berganti.

Di usia muda , di mana semuanya mahu cepat dan pantas...jangan anaknda kalian terlupa perkara utama. Jodoh itu urusan Allah...manusia berusaha dengan cara yang makruf , Allah jua penentunya. Dengan betambah laman web sosial seperti facebook, myspace dan twitter...interaksi tidak seperti dulu. Yang jauh didekatkan, yang asing dibiasakan, yang dah kenal makin dimesrakan......hingga kadang2 kita lupa kata2 tersirat di sebalik pepatah lama...."cakap siang pandang2...cakap malam dengar2".....
Kadang2 dengan wewenang kita 'bersembang ..bergurau senda' tanpa hirau orang di kanan dan kiri....lebih tepat malaikat di kanan dan kiri.

Janji Allah pasti benar....lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik. Berterusanlah anak2 dalam menjadi lelaki dan perempuan yang baik, melengkapkan diri dengan ilmu yang bermanafaat dunia dan akhirat, melakukan amal2 soleh dan mendampingkan diri bersama jamaah orang2 mukmin yang benar......Kita sentiasa dilingkari oleh unsur2 yang membawa kita jauh daripada redha Allah. Syaitan itu tidak rehat dan tidur....kerja tetapnya menggoda dan menyesatkan anak2 Adam pada setiap peringkat usia. Orang alim disesatkan sesuai dengan tergelincirnya seorang yang alim. Orang yang ahli ibadah disesatkan dengan cara yang sesuai dengan kekuatan dan kelemahannya. Orang kaya dan miskin begitu juga. Orang yang cantik lagi mudah disesatkan oleh syaitan...terusan dipuji dan disanjung...cairlah imannya...Setiap orang ada titik kelemahan yang akan digunakan dengan sebaik2nya oleh syaitan untuk dijerumuskan ke lembah kehinaan.

Tarbiyah diri amat penting...ramai orang yang dah tahu tapi tak beramal dengan apa yang dia tahu. Bukan tak tahu Allah suruh kita jauhi zina....tapi jalan2 menuju zina itu kelihatan dan membuat kita rasa amat indah dan mengasyikkan hingga tertutup kemaksiatan2 yang terbentang. Kita boleh beri berbagai alasan kepada manusia atau kepada diri sendiri tentang kewajaran tindakan kita dalam sesuatu pergaulan, sebagai bela diri kita....namun biasanya...hati kecil kita tahu apa yang kita buat tak begitu betul dan tepat. Ego dan nafsu kita yang besar menolak tepi ilham baik yang datang....masih merasakan diri kita tetap betul...inilah adat orang muda kata kita menyedapkan hati sendiri.

Anak2 remaja dan muda belia sekelian....berapa ramai jejaka ajnabi yang telah kita panggil dengan panggilan 'sayang' atau 'abang' sedang ia hanya sesuai untuk seorang suami...ingatlah di waktu2 sudah ijab kabul nanti...syaitan yang jahat akan mengingatkan kita kepada 'sayang' dan 'abang' lain yang kita kenal sebelum suami kita. Mengingatkan kita kepada kemesraan lepas...syaitan akan menampakkan indahnya waktu itu....
Begitu juga syaitan akan ingatkan jejaka kepada kekasih lamanya sebelum dia beristeri...syaitan membanding2kan kecantikan kekasih yang lama dan isteri yang sekarang. Di waktu2 kelemahan iman syaitan ambil peluang menampakkan yang hodoh saja pada yang halal..yang indah saja pada yang haram.

Anak2...mencegah lebih baik dari mengubat. Cegahlah diri kita daripada cinta sebelum nikah.... Tentang jodoh...pasrahkan dengan bulat kepada Allah. Usaha mencari jodoh biarlah cara yang makruf dan dalam batasan syariat. Yang kita cari adalah keredhaan Allah....Mukaddimah perkahwinan mesti soleh untuk dapat rumah tangga yang soleh.....

Wednesday, July 21, 2010

Tentang jodoh....

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.....itulah ungkapan yang sering diucapkan dan didengar. Apabila sudah tiba masa sesiapa pun akan terfikir tentang jodoh, mahu mempunyai teman hidup. Maha Suci Allah yang telah memberikan keinginan kepada manusia untuk berpasang-pasangan dan hidup berkasih sayang. Dengan adanya pasangan hidup di samping kita, jiwa rasa tenteram dan kebahagiaan dapat dirasai. Pasangan hidup yang telah dihalalkan oleh Allah bila berlaku ijab qabul, dapat memenuhi keinginan fizikal, emosional dan spiritual kita, alhamdulillah.

Dalam suasana hari ini, antara keluh kesah yang sering sampai kepada kita adalah tentang payahnya mendapat pasangan hidup yang memenuhi ciri-ciri pasangan impian kita. Bukan sahaja yang boleh menerima kebaikan dan kelemahan kita malah boleh diterima baik oleh ibu ayah dan keluarga. Di pihak dia dan di pihak kita. Banyak betul aspek yang perlu dinilai di zaman sekarang..... hingga kadang-kadang untuk memenuhi penilaian itu menjadi sesuatu yang melemaskan dan menghambat kita dari setiap sudut.

Perkahwinan memang sesuatu yang perlu diurus dengan berhati-hati dan jauh dari maksiat dari awal perancangan hingga bersatu kedua mempelai dalam sebuah rumah tangga. Mukaddimahnya perlu bebas dari maksiat....untuk mendapat kehidupan yang penuh barakah. Hadis nabi saw tentang cara memilih calon pasangan hidup memang sudah jelas. Kalau ia menjadi rumit , kita yang menambah ciri itu dan ini hingga memayahkan sesuatu proses pernikahan itu menjadi kenyataan. Selain dari ciri utama , iaitu yang beragama, kita tambah dengan
ada kerja tetap
kelulusan sepadan
negeri kelahiran mesti yang boleh ngam
ada rupa
ada harta
modern
teruna
kalau duda ...tengok keadaan
cukup duit hantaran dan mas kahwin
.......
.........
............

Sebenarnya tak salah pun kalau ada penambahan yang banyak... masing2 ada citarasa dan kehendak tersendiri.

Ada pula yang tak kisah kahwin dengan sesiapa pun tak apa....asalkan dapat memenuhi keperluan zahir dan batin. Yang penting kahwin.....agak2 tak sesuai, boleh cerai dan cari ganti yang lain. Mudah sungguh........

Pandangan ummi...nak buat apa pun.."begin with the end in mind...". kita perlu tanya diri kita, apa yang sebenarnya kita mahukan daripada perkahwinan ini? Kemana ia dapat membawa kita di akhirat nanti? Kalau ciri2 pasangan yang kita dambakan belum dijodohkan untuk kita, perlukah kita terima yang lain walaupun pada dirinya tidak banyak sifat yang menyenangkan kita? .....banyak betul soalan yang kita kena tanya diri kita sendiri..., dan kita jawab sendiri, ..kita solat, hajat, solat istikharah....untuk dapatkan jawapan...supaya tindakan kita seterusnya dibuat dengan penuh keyakinan dan bimbingan dari Allah yang Maha Mengetahui. Yang penting , janji Allah itu benar. Kalau mahu suami yang soleh, kita mesti jadi muslimah yang solehah. kalau mahu isteri yang solehah, kita mesti jadi lelaki yang soleh. Lambat atau cepat, memang urusan Allah, banyakkan doa, banyakkan taubat dan muhasabah diri, tambahkan ilmu dan amal....insya Allahu Taala pasti dapat yang terbaik.

Bila jodoh kita dah tiba, yang soleh dapat yang solehah....ia permulaan sebuah kehidupan baru yang penuh dengan ujian. Perkahwinan yang berjaya dan bahagia memerlukan komitmen kedua-dua suami dan isteri berperanan dan bertanggung jawab. Semua perkahwinan pasti ada ujian... maka laluilah perkahwinan dengan sebaik mungkin berbekalkan keimanan, ketaqwaan, kasih sayang, toleransi, kesefahaman, minda yang positif.....dll.

......bersambung

Monday, July 19, 2010

Ayuh kita bertaubat....

Perasaan yang dirasai sekarang ketika berada di bulan Syaaban...menghampiri Ramadhan, amat terasa lain. Tidak seperti di bulan2 yang lain, rasa lebih hiba, lebih muhasabah diri, lebih terasa mahu membanyakkan amal2 sunat di samping terus menyempurnakan yang wajib.

Maka di kesempatan ini perkara yang mahu diketengahkan ialah....taubat. Saya petik beberapa pengertian taubat dari ulama'.

Abu al-Hassan an-Nuri berkata, " Taubat adalah bahwa engkau meninggalkan segala sesuatu selain Allah Azza wa Jalla."

Al-Kalbi berkata," Taubat adalah beristighfar melalui lisan, menyesali dalam hati, dan berhenti berbuat dosa dengan raga."

Sa'id bin al-Musayyib mengatakan, " Taubat adalah apabila engkau menasihati diri sendiri."

Imam al-Haramain (Guru Imam al-Ghazali) mengatakan, " Taubat adalah upaya untuk tidak mengulangi perbuatan dosa yang pernah dilakukan disertai dengan kesungguhan untuk tujuan mengagungkan Allah swt dan menjauhi murkaNya."

Rasulullah saw bersabda yang mafhumnya, "Setiap anak Adam banyak berbuat salah (dosa) dan sebaik-baik orang yang banyak salahnya adalah mereka yang bertaubat (dari dosa tersebut)"

Firman Allah swt dalam surah An-Nur ayat 31 yang maksudnya,
"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah , wahai orang2 yang beriman supaya kamu beruntung."

Setiap hari walau bagaimana kita cuba mengelak, kita pasti akan berbuat dosa. Kadang2 dosa itu tidak kita rancang langsung, atau terfikir untuk lakukan. Namun kita dalam keadaan yang terleka 'terbuat' perkara tersebut. Ada juga manusia yang memang suka berbuat dosa dan sudah terbiasa melakukannya hingga perbuatan itu dibuat dengan begitu bersahaja. Tidak rasa bersalah langsung.

Mengapa kita perlu bertaubat?

Pertama, kerana kita memang tidak boleh lepas dari berbuat dosa. Dosa akan menjadi penghalang hubungan baik kita dengan Allah. Maka setiap hari kita perlu bertaubat agar hubungan kita sentisa baik dan dekat dengan Allah. Dosa yang tidak diikuti dengan taubat akan membawa kita ke jurang kehancuran. betapa besar pun dosa kita, kita tidak boleh putus asa dari rahmat dan keampunan Allah.

Kedua, bertaubat adalah amalan yang dperintahkan oleh Allah. Dalam surah at-Tahrim ayat 8, Allah berfirman yang maksudnya, " Wahai orang2 yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang semurni2nya."

Orang yang ego adalah orang2 yang tidak suka diingatkan tentang taubat dan selalu menangguh2kan taubat. Dia memandang rendah terhadap keperluan manusia untuk bertaubat. Apabila perbuatan dosa sudah menjadi seperti santapan wajib setiap hari , maka lama kelamaan manusia tidak langsung merasai rasa tersiksa sanubari bila melakukan dosa.

Ketiga, kerana Allah swt mencintai hamba2nya yang bertaubat. Dalam surah a-Baqarah ayat 222, Allah berfirman yang bermaksud, "sesungguhnya Allah menyukai orang2 yang bertaubat dan menyukai orang2 yang mensucikan diri."

Amat beruntunglah orang2 yang dicintai oleh Allah Azza wa Jalla. Yang mana bila Allah mencintai si polan, maka Allah akan meminta makhluknya di langit dan di bumi untuk mengasihinya.

Keempat, Rasulullah saw sentiasa bertaubat kepada Allah. Rasulullah adalah seorang yang maksum namun Baginda sentiasa bertaubat ke hadrat Allah . jika seorang rasul pun perlu kepada taubat, maka kita yang selalu berdosa ini amat perlu juga kepada taubat. Mengikuti amalan nabi yang suka bertaubat adalah tanda kita mengasihi nabi kita, mahu bersama dengan nabi kita di akhirat.

Mungkin ada lagi sebab2 yang lain....tak apalah, cukuplah empat sebab, dikongsi bersama. mari kita praktikkan amalan bertaubat dalam kehidupan seharian kita....cari masa untuk muhasabah diri dan setiap kali selepas solat kita berdoa bersungguh2 memohon keampunan Allah dan agar menerima amalan2 kita, agar menerima taubat kita.....amin ya Rabb.

Friday, July 9, 2010

Bicara wanita

1. Wanita Muslimah pada zaman Nabi saw memahami ciri2 keperibadiannya seperti mana yang telah digariskan oleh agama Islam yang murni hingga semua aspek kehidupan mereka dilalui dgn dasar pemahaman tersebut.

Dalam sebuah hadith, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, " Sebenarnya wanita itu adalah saudara kandung lelaki" (HR Abu Daud) Ini bermakna kewajipan2 terhadap agama mempunyai persamaan dengan lelaki dan ada yang khusus untuk wanita.

2. Membuka wajah sudah umum dilakukan semasa zaman Nabi saw. Memakai penutup wajah adalah perkara yang tidak diwajibkan , berdandan pula dibolehkan dalam batas2 yang sesuai dengan keperibadian Muslimat dan pada tempat yang betul.

Islam tidak melarang fesyen wanita mengikut sesuatu tempat dan budaya asalkan ia selari dengan kehendak syariat. Ini tentu membantu wanita untuk lebih aktif dan giat dalam kerja2 dakwah dalam masyarakat.

3. Keterlibatan wanita dalam masyarakat, berurusan dengan kaum lelaki adalah sesuatu yang dibolehkan dengan beberapa tuntutan yang tujuannya memberi kemudahan kepada mukminin dan mukminat untuk memenuhi tuntutan hidup. Yang mana peraturan2nya bersifat memelihara bukan menghambat.

Keterlibatan wanita dalam masyarakat telah banyak menyumbang kepada pembangunan insan dan pemerkasaan (empowerment) wanita dalam banyak bidang. Wanita bukan sahaja membantu suaminya dalam mencari nafkah malah membantu membangunkan negara dengan kebolehan yang ada pada dirinya.

Wednesday, July 7, 2010

Mari bicara tentang wanita.....muqaddimah

Wanita muslimah sering menjadi mangsa dua jenis jahiliah:

1. Jahiliah abad ke keempat belas hijrah, iaitu jahiliah dalam sikap yang
berlebihan, keras, taklid buta yang dimiliki kaum bapak dan suami

2. Jahiliah abad ke dua puluh masehi, iaitu jahiliah yang mempamirkan aurat,
melakukan seka bebas dan taklid buta terhadap barat.

Golongan anti Islam sering kali menggunakan isu2 wanita untuk menolak Islam dan menabur fitnah terhadap Islam. Kita lihat senario hari ini.....di tengah2 era teknologi canggih masih ada wanita Islam di negara Islam yang tidak mendapat haknya sebagai seorang Muslim, contohnya hak menuntut ilmu, hak bersuara, hak memberikan pendapat, hak memiliki harta......dll.....bukan kerana masyarakat dinegara tersebut berpegang teguh kepada ajaran Islam hingga menyekat hak2 wanitanya....namun kerana masih berpegang kepada budaya tempatan yang tak bersesuaian dengan kehendak Islam.
Maka contoh layanan yang negatif terhadap wanita ini menjadi modal golongan anti Islam untuk terus mengasak Islam dari berbagai sudut.

Jika di tempat kita, kelemahan di mahkamah syariah hingga berlaku kelewatan atau kegagalan memberi keadilan kepada ibu tunggal dan ibu yang ditinggal menjadi modal memandang rendah syariat Islam oleh golongan pendokong undang2 yang dibuat oleh manusia...termasuk golongan Islam liberal yang terus terang menolak penegakan syariat Islam di Malaysia...

Jadi marilah kita berterusan mendalami ilmu akhirat dan dunia untuk terus membaiki kelemahan2 kita. Kita perlu celik dan cerdik ...agar tidak mudah terpengaruh dengan tipu daya syaitan dan manusia....

Saturday, February 27, 2010

Punca-punca Zina

Punca Zina 1
Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan.

Hadis diriwayatkan at-Tirmizi bermaksud:
“Apabila seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita, yang ketiga ialah syaitan.”

Punca Zina 2
Bersentuh-sentuhan

Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Jika salah seorang daripada kamu ditikam di kepalanya dengan sebatang besi, itu adalah lebih baik daripada dia menyentuh seorang perempuan yang diharamkan dia menyentuhnya.”
– (Hadis riwayat Tabrani).

Punca Zina 3

Pandangan berahi

"Katakanlah kepada orang-orang mu'min laki-laki: hendaklah mereka itu menundukkan sebagian pandangannya dan menjaga kemaluannya…..Dan katakanlah kepada orang-orang mu'min perempuan: hendaknya mereka itu menundukkan sebagian pandangannya dan menjaga kemaluannya…..
(an-Nur: 30-31)

Punca Zina 4

Pergaulan bebas

" Tidak boleh bersunyi dari kamu dengan perempuan dan tidak boleh bermusafir seorang perempuan melainkan bersamanya muhrim"
(Riwayat Imam Bukhari )

Punca Zina 5

Cara berpakaian

Firman Allah yang ertinya: "Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka, melainkan barang apa yang telah tampak daripadanya; dan hendaklah mereka itu mengulurkan tudung kepala mereka atas leher dan dada mereka.“
(Surah An Nur: Ayat 31)

Punca Zina 6

Membicarakan dan menonton bahan yang merangsang seks

Rasulullah SAW bersabda :
Ertinya : janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya (Riwayat Al-Bukhari )

Lain-lain punca zina:

•Terikut kawan yang telah terjebak dengan rangsangan zina
•Tabiat merangsang kemahuan seksual
•Terlalu mengikut nafsu
•Pergaulan bebas secara maya … internet, sms
•Jalan keluar menyelesaikan masalah

Senarai punca zina boleh berterusan lagi, namun sebab paling utama ialah apabila manusia tidak kenal penciptanya, tidak jelas tujuan hidup dan tidak menunaikan perintah dan larangan.
Jalan menuju zina bermula bila Allah tidak di hati manusia. Manusia tidak ambil peduli tentang sifat-sifat Allah, tidak takut bila meninggalkan suruhan dan melakukan perkara larangan. Bila manusia cuai/ lalai/tidak ambil berat terhadap solat, contohnya, maka dia akan menempah jalan-jalan menuju zina. Zina ini sesuai dengan hawa nafsu.....orang yang tidak ingat Allah , tidak solat..maka syaitanlah temannya dan syaitan akan memberinya berbagai cara berseronok yang akan menghumbankan diri manusia bersama syaitan ke dalam neraka....bersambung