My beloved ones

My beloved ones

Wednesday, August 19, 2009

APA ITU ZINA

Zina ialah hubungan seks membabitkan pasangan yang tiada ikatan perkahwinan. Perbuatan zina diharamkan kerana termasuk perbuatan keji melanggar ketetapan agama.

Firman Allah bermaksud:“Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.” – (Surah al-Israk, ayat 32).


Thabrani Ibni Abbas meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah atasnya, dan ia berkekalan dalam neraka.”


Balasan zina di akhirat diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Rasulullah SAW diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera manakala satu lagi berisi daging busuk.

Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu berbanding daging yang membangkitkan selera.


Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan dari faraj mereka, keluar nanah busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan.


Hadis diriwayatkan at-Tirmizi pula bermaksud: “Apabila seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita, yang ketiga ialah syaitan.”

Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Jika salah seorang daripada kamu ditikam di kepalanya dengan sebatang besi, itu adalah lebih baik daripada dia menyentuh seorang perempuan yang diharamkan dia menyentuhnya.” – (Hadis riwayat Tabrani).